
Goji, sepintas lalu …
Dalam perubatan Cina
Goji telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Cina selama lebih 5000 tahun. Banyak teks perubatan Cina menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan hasil daripada buah ini. Antara teks perubatan tersebut ialah:
Ben Cao Hui Yang:
“Goji meningkatkan qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.
Ben Cao Bei Yao:
“Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.
Ben Cao Gang Mu:
“Goji membuang qi yang tidak baik daripada lima (5) organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.
Herba ajaib, baik untuk penglihatan
Goji atau buah Lycium merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa didapati di Asia Timur. Kulit akarnya juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang daripadanya kita dapati sayur-sayuran seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain. Masyarakat Cina mengenali buah ini sebagai goji dan telah menggunakannya sejak zaman purba. Ia juga telah direkodkan seawal kewujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100 A.D.
Di Cina, Lycium Barbarum telah lama dikenali kerana faedahnya untuk penglihatan. Ia sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.
Buah goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita. Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate).
Kandungan fakta pemakanan buah goji Ningxia
Usia lewati 100 tahun
Daerah Zhongning, Ningxia di Negara Cina mengeluarkan buah goji (juga dikenali sebagai Chinese wolfberry) yang berkualiti terbaik di dunia. Daerah ini dikenali sebagai desa panjang usia, di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka percaya goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.
Rekod umur panjang yang disahkan
Para cendekiawan moden telah mengesahkan tempoh hayat luar biasa seorang pakar perubatan Cina bernama Li Qing Yuen. Beliau dilahirkan pada tahun 1678 dan meninggal dunia pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga usia 252 tahun. Ini merupakan kes orang yang paling panjang usia pernah direkodkan. Apakah rahsia usia panjang dan kehidupan aktif beliau? Rahsianya ialah mengamalkan sup yang dibuat daripada goji setiap hari.
Semua khasiat yang diperolehi daripada buah ajaib ini kini dapat dinikmati dengan mudah. Health Builders, satu-satunya syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, hanya memilih buah goji yang berkualiti terbaik dari daerah Ningxia. Ekstrak goji digunakan untuk rangkaian produk Goji Soya dan Goji Coffee with Eucommia
Dr Earl Mindell, R.Ph., Ph. D, pakar herba dan ahli farmasi berdaftar yang dikenali sedunia, memberi sebab-sebab berikut:
34 Sebab Mengambil Goji